Kota Bharu: Tindakan akan dikenakan terhadap ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan itu diambil kerana mengingkari keputusan Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, bagaimanapun bentuk tindakan berkenaan akan dibincangkan terlebih dulu dan dilaksanakan bila tiba masanya nanti.

“Semua ahli perlu akur dengan keputusan yang mendapat persetujuan badan tertinggi parti.

“Kita juga sudah mengadakan perbincangan dengan seluruh UMNO Pengkalan Chepa untuk mendengar pandangan sebelum keputusan dibuat.

“Sehubungan itu, semua ahli UMNO perlu akur dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan tidak akan bertanding pada PRK DUN Chempaka pada 22 Mac depan untuk memberi fokus kepada kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan.

Mengulas dakwaan kononnya BN takut bertanding di DUN Chempaka, Mustapa berkata, ‘batu api’ wujud dalam setiap pertandingan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:35 AM