MUSTAPA  (dua dari kiri) beramah mesra bersama ahli UMNO dan penduduk.
MUSTAPA (dua dari kiri) beramah mesra bersama ahli UMNO dan penduduk.
Oleh Nor Amalina Alias

Bachok : “Kenapa nak hentam UMNO, Barisan Nasional (BN) sedangkan kita bukan parti bertanding. Patut rujuk Bebaslah, bukan UMNO,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

Beliau menegaskan demikian berikutan tindakan PAS yang masih memburuk-burukkan UMNO dan BN dalam kempen dan ceramahnya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, 22 Mac ini.

Ia termasuk mengaitkan UMNO konon sebagai penaja kepada ‘lambakan’ calon Bebas yang bertanding pada PRK itu susulan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang kecewa dengan tindakan PAS itu menyifatkan ia sesuatu yang tidak adil apabila BN masih dikaitkan dalam persaingan lima penjuru itu.

“Kita (BN) bukan parti bertanding. Ini pilihan raya antara calon-calon bertanding iaitu PAS dan Bebas, jadi amat tidak adil PAS menggunakan kesempatan itu untuk menghentam UMNO mahupun BN.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:26 AM