Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Silap langkah. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki mengajak anggota polis menyamun, menyebabkan dia ditahan di Jalan Loke Yew, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, anggota polis terbabit berpakaian biasa berjalan kaki didatangi suspek mendakwa dia menjadi mangsa samun.

Menurut sumber, anggota polis terbabit yang mempercayai kata-kata itu membantu mengejar penjenayah sebelum berjaya menahannya.

“Bagaimanapun suspek kemudian memukul penjenayah itu menyebabkan anggota polis terbabit menghalang perbuatannya.

“Suspek turut mengajak anggota polis itu menyamun mangsa menyebabkan dia akhirnya ditahan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan kejadian itu dan suspek direman bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 7:48 AM