Kuala Lumpur: Kerajaan digesa meneliti dan tidak tergesa-gesa menggubal rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, antaranya memasukkan hukuman kepada ibu bapa yang merotan anak mereka.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wanita UMNO sentiasa mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan, namun pindaan akta baru itu perlu diteliti dengan lebih mendalam.

“Saya minta kerajaan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak terburu-buru gubal akta baru ini dan terlebih dulu mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pakar berkaitan sebelum keputusan dibuat.

“Malah, walaupun Malaysia menandatangani perjanjian dengan CRC, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan obligasinya supaya kepentingan kanak-kanak serta keluarga diambil kira selaras dengan acuan sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 7:36 AM