Azmizan (kiri) bersama Rajoo memberikan sumbangan kepada Hashimah.
Azmizan (kiri) bersama Rajoo memberikan sumbangan kepada Hashimah.
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Klang: “Terima kasih kepada Harian Metro kerana menyiarkan cerita mengenai penderitaan yang kami alami kerana ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan,” kata Hashimah Idris, 48.

Dia adalah ibu kepada Muhammad Firdaus Abd Aziz, 16, remaja yang terpaksa meminta belas ihsan daripada orang ramai di sekitar Pelabuhan Klang demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

Hashimah berkata, dia kini dapat menarik nafas lega kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) melawat kediaman mereka dan tidak membenarkan Firdaus keluar meminta derma daripada orang ramai lagi.

“Saya sangat bersyukur dan hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa Harian Metro, LZS dan JKM (Jabatan Kemajuan Masyarakat). Saya tidak mempunyai harta untuk membalas kebaikan kalian.

“Saya tidak mengenali sesiapa untuk meminta bantuan dan sangat bernasib baik kerana berita ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak, malah ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Dr Xavier Jayakumar juga datang melawat dan memberi sedikit sumbangan kepada kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang remaja lelaki menggagahkan diri berjalan 10 kilometer di sekitar Pelabuhan Klang untuk meminta sedekah daripada orang ramai demi mendapatkan sesuap nasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 8:04 AM