MOHD Ikram membantu ibunya selepas pulang mencari botol dan tin minuman.
MOHD Ikram membantu ibunya selepas pulang mencari botol dan tin minuman.
Icka S Hassan


Pelabuhan Klang: “Saya sebak setiap kali terdengar ibu memujuk adik yang mengadu kelaparan kerana kami kekurangan makanan,” kata Mohd Ikram Shari, 17, yang hanya bersekolah setakat tahun enam semata-mata mahu membantu ibunya mencari rezeki.

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, remaja itu bersama ibunya, Azlina Zainal Abidin, 40, mengutip barangan terpakai demi sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.

Lebih memilukan, Azlina yang ditinggalkan suami turut menghidap barah payudara tahap tiga dan perlu ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan pada setiap bulan.

Mohd Ikram berkata, dia lebih rela dianggap tidak berpendidikan daripada membiarkan ibu dan adik bongsu perempuan berusia 14 tahun mengikat perut setiap hari.

“Ibu menerima bantuan bulanan RM250 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), namun saya perlu membantu mencari pendapatan lain bagi menampung kos rawatan barah dihidapinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 8:23 AM