GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple bakal mengadakan acara pertamanya untuk tahun ini yang bertemakan 'Spring Loaded' pada Selasa ini.

  Ia adalah majlis pertama untuk Apple bagi tahun ini sekali gus menjadi platform pengenalan peranti baharu untuk pengguna.

  Berdasarkan garis masa pengeluaran peranti, Apple dijangka akan memberi nafas baru kepada beberapa siri peranti pintar mereka.

  Ia termasuk iPad Pro yang akan menampilkan saiz peranti untuk  11 inci serta 12.9 inci termasuk pengenalan iPad Mini dengan paparan LED baharu.

  Bagaimanapun, wujud khabar angin bahawa Apple akan memberi nafas baru kepada iPad Pro mereka dengan penawaran skrin yang lebih besar.

  Tumpuan juga terarah kepada penggunaan cip pemproses untuk siri iPad Pro berkenaan dan mungkin Apple akan menggunakan cip baharu untuk peranti berkenaan.

  Selain iPad Pro, antara yang mungkin diperkenalkan adalah Airtags untuk peranti fizikal peranti petunjuk yang mempunyai fungsi sama dengan 'Find My Apps'.

  Peranti lain yang akan ditunggu-tunggu adalah iPad Mini serta Airpods 3 untuk pengguna.

  Pastinya Apple akan terus berteka teki untuk pelancaran peranti baharu mereka termasuk perkakas yang ditunggu-tunggu iaitu set kepala realiti maya (VR).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 1:15 AM