Muhammad Saufi Hassan


SIRI permainan francais Assassins’s Creed (AC) tidak perlu diperkenalkan lagi kerana genre permainan yang menampilkan dunia terbuka (open world) dan berkonsepkan Role Playing Games (RPG) cukup memberi kesan.

Sejak siri permainan itu diterbitkan pada November 2007 yang menggunakan idea sebagai pembunuh upahan zaman lampau, siri AC terus menjadi kegilaan peminatnya.

Tema pengembaraan, aspek grafik berkualiti tinggi dan perkembangan plot permainan dalam mod kempen begitu memberi kesan malah siri permainan ini pernah dinobatkan antara permainan terbaik pernah dihasilkan.

LATAR permainan Assassin’s Creed: Odyssey yang menggunakan masa peperangan antara Athens dan Sparta.
LATAR permainan Assassin’s Creed: Odyssey yang menggunakan masa peperangan antara Athens dan Sparta.

Kali ini, AC terus memberi keterujaan kepada peminatnya dengan penghasilan siri baru iaitu Assassin’s Creed: Odyssey (AC:O) sebaik selepas dua tahun lalu AC:Origins diterbitkan.

Namun, kali ini, plot mod kempen lebih menarik apabila pembangun siri francais iaitu Ubisoft mengembangkan segmen permainan itu daripada pembunuh upahan secara senyap kepada pahlawan yang mahu mencari keadilan.

Bagi AC:O, pemain boleh memilih dua karakter iaitu lelaki sebagai Alexios ataupun wanita sebagai Kassandra.

Pemain juga boleh memilih tiga kemahiran utama untuk dikembangkan iaitu pemburu (Hunter), pahlawan (Warrior) ataupun pembunuh (Assassin).

SUT ini turut dilengkapi rangsangan denyutan elektrik yang dikawal menerusi kotak kawalan tanpa wayar untuk merangsang otot pesakit lumpuh.
SUT ini turut dilengkapi rangsangan denyutan elektrik yang dikawal menerusi kotak kawalan tanpa wayar untuk merangsang otot pesakit lumpuh.

Ketiga-tiga cabang kemahiran ini memiliki kelebihan tersendiri dan ia turut mempengaruhi karakter sepanjang permainan ini.

Lebih menarik apabila setiap cabang kemahiran itu memiliki mata tersendiri dan ia boleh diperoleh berdasarkan tahap atau ‘level’ karakter berkenaan dan setiap peningkatan tahap, pemain akan diberikan satu mata.

Mutu grafik dalam AC:O tidak mengecewakan apabila semua lokasi atau latar tempat dibangunkan secara teliti dan setiap helaian rumput juga boleh dilihat dengan terperinci.

Untuk siri terbaru AC ini, pemain akan dibawa menerusi zaman peperangan epik iaitu Peperangan Peloponnesian antara Sparta dan Athens.

Walaupun latar cerita dalam mod kempen adalah bersifat fiksyen, ia memberi kesan apabila setiap lokasi dan babak dalam mod berkenaan dijalin sebaiknya.

SUT exoskeleton dipakaikan di bahagian pinggul pesakit lumpuh dan mempunyai rod boleh laras mengikut ketinggian pesakit.
SUT exoskeleton dipakaikan di bahagian pinggul pesakit lumpuh dan mempunyai rod boleh laras mengikut ketinggian pesakit.

Untuk siri terbaru ini, AC membawa latar masa kira-kira 431 BCE iaitu 400 tahun sebelum siri terdahulu iaitu AC:Origins yang membawakan latar masa zaman Firaun.

Pemain juga diberi peluang untuk menjadi nakhoda kapal dan berperang di lautan terbuka dengan lanun.

Uniknya, apabila pemain diberikan ke­sempatan untuk memilih panglima untuk kapal laut dan ia boleh diperoleh berdasarkan setiap lokasi dan watak komputer sepanjang mod itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 11:49 AM