SEKUEL judul Assassin Creed dilancarkan sebanyak 15 siri dengan masing-masing menampilkan plot serta jalan cerita tersendiri.
SEKUEL judul Assassin Creed dilancarkan sebanyak 15 siri dengan masing-masing menampilkan plot serta jalan cerita tersendiri.
Muhammad Saufi Hassan


JIKA menyebut mengenai dunia permainan video, pastinya boleh dikatakan semua individu pernah bermain atau mendengar sekuel judul ini yang sudah berlangsung selama 15 tahun.

Sebut saja judul 'Assassin Creed' (AC), ia sudah cukup menggambarkan satu legasi permainan yang menggunakan mekanik permainan 'pembunuh senyap' sehingga kepada evolusi genre permainan RPG.

Judul berkenaan cukup menjadi bukti bahawa dunia permainan bukan hanya suatu hobi sebaliknya ia menjadi industri yang cukup pesat membangun dan menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi.

Jika ia sekadar permainan, hayat judul berkenaan tidak akan menjangkau 15 tahun dengan 12 judul permainan utama termasuk banyak lagi kandungan berbayar sepanjang 15 tahun itu.

Mengimbau kembali sejarah Assassin Creed, judul permainan itu bermula pada 13 November 2007 yang menampilkan tema atau konsep permainan secara senyap atau 'stealth' di samping beberapa kombinasi peralatan daripada karakter utama.

Menerusi judul pertama, pembangun permainan menampilkan watak utama iaitu 'Altair' dan perjalanan judul ini banyak bertitik tolak kepada mekanik permainan 'parkour'.

Penulis antara yang membesar dengan semua judul AC ini, malah semua judul pernah dimainkan sehingga tamat misi terakhir.

Perkembangan judul AC tidak terhenti di situ saja sebaliknya terus berkembang menerusi pengenalan AC 2 dengan karakter Ezio Auditore dan mengambil latar belakang ketika era 'Renaissance Itali'.

Selepas itu, pembangun judul berkenaan meneruskan pengenalan beberapa judul baharu lagi antaranya AC: Revelations, AC:3, AC: Black Flag dan diakhiri dengan AC:Syndicate ketika era Perang Dunia Pertama.

UBISOFT memperkenalkan judul baharu untuk Assassin Creed yang dikenali sebagai ‘Mirage’ pada tahun depan.
UBISOFT memperkenalkan judul baharu untuk Assassin Creed yang dikenali sebagai ‘Mirage’ pada tahun depan.

Ubisoft mengambil pendekatan berbeza untuk siri baharu mereka apabila tidak meneruskan garis masa judul berkenaan, tetapi membawa perkembangan permainan dalam sisi lain.

Pengenalan AC: Origins mengubah landskap mekanik permainan berkenaan apabila kali ini, konsep RPG diperkenalkan manakala latar masa adalah jauh di belakang judul pertama AC iaitu ketika tempoh Ptolemik atau lebih mudah ketika era Mesir purba.

Seterusnya, mekanik RPG itu terus digunakan untuk judul AC: Odyssey mengambil latar belakang Perang Polenisia dan AC: Valhalla ketika era pencerobohan Viking di England.

Judul AC ini terus berkembang dan Ubisoft sudah mengumumkan judul baharu mereka yang dijangka diterbitkan tahun depan iaitu AC:Mirage yang dikatakan akan menyambung garis masa AC sebenar.

Mekanik permainan untuk judul terbaharu ini juga mengguna pakai mekanik lama iaitu bersifat 'stealth'.

PERKEMBANGAN dunia permainan banyak dipengaruhi keupayaan perkakas pada masa ini untuk penghasilan kesan grafik lebih baik.
PERKEMBANGAN dunia permainan banyak dipengaruhi keupayaan perkakas pada masa ini untuk penghasilan kesan grafik lebih baik.

Garis masa pula adalah ketika era kegemilangan empayar Islam dan karakter yang digunakan dikenali 'Basim Ibn Ishaq'.

Bermula daripada judul pertama sehingga terbaharu, pembangun permainan ini tidak pernah menukar objektif utama iaitu pembebasan daripada satu kumpulan rahsia.

Judul ini paling ikonik dalam perkembangan dunia permainan kerana ia bukan saja menampilkan mekanik permainan yang unik, tetapi latar tempat, pembinaan bangunan yang begitu terperinci di samping perjalanan plot.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 7:00 AM