ASSASSIN’S Creed Odyssey
ASSASSIN’S Creed Odyssey
Susunan Hazril Md Nor

Tahun ini saja, terdapat banyak permainan video yang menarik perhatian.

Contohnya, God of War, Detroit: Become Human dan Spider-Man yang menambat hati komuniti gamers di seluruh dunia yang sentiasa menantikan kelainan.

Bulan ini pula, rasa teruja diteruskan dengan beberapa permainan video yang diumumkan. Di sini penulis senaraikan judul popular yang wajib anda semua dapatkan.

Assassin’s Creed Odyssey (5 Oktober)

Menggunakan latar masa Greek Purba, Odyssey mengetengahkan Perang Peloponnesian yang meletakkan dua kuasa besar ketika itu iaitu Athens dan Sparta menentang antara satu sama lain.

Pemain boleh memilih kumpulan dan menjalankan tugasan pembunuhan serang hendap sementara mendedahkan rahsia sebenar mengenai asal usul assassin. apa yang menariknya, Odyssey juga membawa kembali pertempuran di lautan dan membolehkan pemain memilih sama ada untuk bermain karakter lelaki atau wanita.

Call of Duty: Black Ops (4 - 12 Oktober)

Akhirnya, francais daripada Treyarch ini memasuki edisi keempat dan memberi peluang kepada peminat genre penembakan tunggal (FPS) untuk mencuba kelainan. Menariknya, Black Ops 4 mempunyai misi solo dan multi-pemain yang digemari ramai.

Permainan video ini mungkin kekurangan mod kempen tetapi ia lebih fokus kepada multi-pemain. Selain itu, mod Battle Royale iaitu Blackout pastinya akan membuatkan pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds dan Fortnite menukar cita rasa untuk satu kelainan.

CALL of Duty: Black Ops
CALL of Duty: Black Ops

Soulcalibur VI (19 Oktober)

Permainan video terbaru daripada Project Soul ini akan membuatkan anda semua terpegun dengan keunikannya.

Ia adalah reboot kepada siri Soulcalibur dan memperkenalkan barisan pahlawan yang begitu ramai.

Ia juga menampilkan karakter daripada siri sebelumnya dan karakter jemputan seperti Geralt of Rivia daripada siri The Witcher. Peminat boleh mengharapkan lebih banyak penambahan karakter daripada siri permainan video lain.

SOULCALIBUR VI
SOULCALIBUR VI

Red Dead Redemption 2 (26 Oktober)

Tidak perlu lagi perkenalkan Red Dead Redemptionkerana permainan video ini sememangnya popular dan ‘meletup’ di serata dunia. Bulan ini, sekuelnya akan menggegarkan dunia gaming dengan memperkenalkan protagonis Arthus Morgan.

Pemain boleh meneroka Wild West dalam permainan video berkonsepkan koboi ini. Apa yang menariknya, ia menggunakan konsep dunia terbuka dan pemain akan menyaksikan jalan cerita lebih hebat daripada Rockstar Studios (pembangun GTA V).

RED Dead Redemption 2
RED Dead Redemption 2

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 5:03 PM