REKAAN skrin dengan menambahan warna RGB meningkatkan rupa kosmetik produk ini.
REKAAN skrin dengan menambahan warna RGB meningkatkan rupa kosmetik produk ini.
Muhammad Saufi Hassan


PEMILIHAN skrin paparan untuk kaki game atau individu yang bertugas sebagai penyunting bahan bergrafik sememangnya sangat penting kerana setiap skrin menawarkan spesifikasi berbeza.

Spesifikasi itu bukan saja tertumpu kepada keupayaan untuk menghasilkan tona warna lebih realistik, tetapi memberi bacaan warna lebih jitu.

Jenama perkakasan komputer kelas prestasi dan permainan terkemuka, ASUS menerusi barisan produk Republic of Gamers (ROG) akan melancarkan skrin paparan terbaharu mereka iaitu ‘ASUS ROG SWIFT PG35VQ’.

Skrin jenis ini dikategorikan sebagai paparan ultra luas dan sangat sesuai untuk permainan jenis RPG atau aksi pengembaraan yang membolehkan pemain menikmati perincian grafik dalam dunia terbuka.

Produk terbaharu ASUS ROG ini menawarkan kadar segar semula (refresh rate) 200Hz bagi mod prestasi manakala untuk mod normal, ia boleh mencapai 180Hz.

ASUS ROG PG35VQ menampilkan kadar segar semula
ASUS ROG PG35VQ menampilkan kadar segar semula

Skrin ini juga memberi ruang kepada pengguna untuk menetapkan kawalan warna, kawalan cahaya belakang, ciri HDR dan beberapa tetapan lain.

Seperti produk ASUS sebelum ini iaitu skrin daripada model PG27UQ dan beberapa model yang menyokong sambungan G-SYNC untuk kad grafik Nvidia, PG35VQ didatangkan dengan sistem penyejuk aktif di bahagian belakang.

Sistem berkenaan terbina daripada kipas kecil yang diletakkan di bahagian belakang berhampiran sokongan input dan satu kejayaan bagi ASUS apabila fungsi kipas itu tidak akan didengar pengguna kerana begitu senyap.

Lebih unik apabila ASUS mengekalkan logo ROG di bahagian belakang skrin itu dan warna logo itu boleh ditetapkan dengan beberapa mod seperti skrin siri PG27UQ sebelum ini.

Menyentuh aspek spesifikasi, skrin ini mempunyai beberapa input sambungan seperti HDMI, DisplayPort 1.4 dan sambungan audio definisi tinggi 3.5mm.

NISBAH warna yang sangat baik termasuk skrin antisilau memberi kepuasan kepada pengguna.
NISBAH warna yang sangat baik termasuk skrin antisilau memberi kepuasan kepada pengguna.

Bagaimanapun, harga untuk skrin paparan ini mungkin ditahap ‘bangsawan’ kerana tanda harga produk ini di United Kingdom (UK) melebihi RM10,000 ($AS2,500) dan ia satu angka yang sangat besar bagi kaki game di negara ini.

Skrin terbaharu ASUS ROG ini boleh dianggap sebagai gergasi dalam segmen berkenaan kerana ia bukan saja menawarkan prestasi terbaik malah memberi pengalaman berbeza ketika menggunakannya.

Tidak syak lagi skrin ini boleh dikategorikan antara skrin terbaik yang ada di pasaran kerana ia mempunyai pelbagai ciri khusus untuk pemain sukan elektronik.

Penulis menguji skrin berkenaan dengan beberapa judul permainan terutama yang menampilkan konsep dunia terbuka seperti Assassin’s Creed Odyssey dan hasilnya begitu mengagumkan.

Anda dapat melihat kesan grafik yang begitu terperinci dan memberikan pengalaman yang sangat berbeza berbanding skrin paparan biasa yang tidak mempunyai ciri skrin ultra luas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 9:15 AM