RAJA Charles III. FOTO fail AFP
RAJA Charles III. FOTO fail AFP
BERNAMA

London: Raja Britain Raja Charles III akan menyambut krismas di kediaman diraja di Sandringham, buat kali pertama sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Raja Charles dan Raja Permaisuri akan berada di kediaman itu pada Krismas sekali gus menandakan kembalinya istiadat tradisional diraja.

Pasangan diraja itu juga akan menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Mary Magdalene bersama-sama kerabat diraja yang lain.

Sambutan perayaan itu adalah yang pertama di Sandringham sejak 2019 selepas kemangkatan Ratu pada September.

Anakanda dan cucunda baginda juga akan bersama-sama meraikan perayaan itu.

Kediaman Sandringham yang telah menjadi rumah persendirian untuk empat generasi kerabat diraja Britain selama lebih 160 tahun itu kini diwarisi Raja Charles.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2022 @ 2:41 PM