FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Dublin: Tiga beradik dilaporkan meninggal dunia susulan insiden keganasan di Ireland, baru-baru ini.

Metro UK melaporkan, mangsa terdiri daripada remaja perempuan, Lisa Cash, 18, dan adik kembarnya, Christy dan Chelsea Cawley, yang berusia lapan tahun.

Susulan kejadian, abang mangsa, Andy, 24, didakwa kerana membunuh semua mangsa.

Media tempatan melaporkan pegawai dipanggil ke kediaman mangsa di ladang Rossfield di Tallaght, pada 12.30 tengah malam, dan ketiga-tiga mereka dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas tiba Children's Health Ireland (CHI) di Crumlin.

Adik lelaki mereka yang berusia 14 tahun turut dibawa dari tempat kejadian ke Hospital Tallaght dengan kecederaan serius yang tidak disangkakan boleh meragut nyawa.

Ibu kepada kanak-kanak itu yang tidak cedera di tempat kejadian turut dibawa ke CHI, dan kini menerima rawatan perubatan.

Pihak berkuasa berkata, semua yang terbabit dipercayai mengenali antara satu sama lain, dan pegawai tidak mencari orang lain berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2022 @ 11:44 AM