Conor McGregor. FOTO Agensi
Conor McGregor. FOTO Agensi
Agensi

London: Conor McGregor mendedahkan dia mahu membeli sebuah kelab sukan dan sasarannya adalah pada Manchester United dan Celtic.

Warga Ireland yang berketurunan Scotland, baru-baru ini memuat naik ciapan di twitter bahawa dia berminat untuk mengambil alih United.

Ia susulan bantahan hebat peminat di mana penyokong United menyarankan keluarga Glazer menjual kelab berkenaan - sekalipun penjual berpotensi mungkin perlu mempunyai modal tinggi.

McGregor bekas juara UFC mempunyai anggaran kekayaan £180 juta (RM1.04 bilion). Dia baru sahaja menjual sebahagian besar saham dalam syarikat wiski Proper Twelve bernilai sekitar £423j (RM2.46b)

McGregor sebelum ini pernah beraksi di barisan serangan sebelum memberi tumpuan kepada seni mempertahankan diri, sudahpun melabur 'jumlah tertentu' dalam kelab diminati ketika zaman kanak-kanak iaitu Lourdes Celtic di Crumlin.

Tetapi kini peminat jutawan itu berhasrat memiliki pasukan profesional dan sudah bercakap dengan pemegang saham individu terbesar Celtic, Dermot Desmond.

McGregor, 32, menerusi twitter berkata: "Secara jujurnya perbincangan dijalankan mengenai Celtic terlebih dahulu. Ia adalah untuk bertanya mengenai saham daripada Dermot Desmond.

"Saya sememangnya berminat untuk memiliki kelab sukan pada peringkat tertentu! Kedua-duanya Celtic dan Man United adalah pasukan kegemaran saya sudah pasti.

"Tapi saya terbuka. Saya fikir saya dapat melakukan perkara besar untuk kelab itu."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 10:58 AM