ANGKASAWAN Rusia memakai pakaian seragam berwarna kuning ketika tiba di ISS. FOTO Agensi
ANGKASAWAN Rusia memakai pakaian seragam berwarna kuning ketika tiba di ISS. FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Agensi angkasa lepas Rusia menolak dakwaan bahawa tiga angkasawan Rusia menaiki Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan 'warna Ukraine'.

BBC News melaporkan ketibaan pertama sejak perang Rusia bermula menunjukkan mereka memakai sut kuning terang dengan hiasan warna biru.

Mereka disambut mesra sebelum berpelukan dengan kru Amerika, Rusia dan Jerman.

"Kadang-kala, kuning hanya kuning, " kata agensi angkasa Roscosmos.

ISS adalah projek bersama antara Rusia, Amerika, Kanada, Jepun dan beberapa lagi negara Eropah.

Ia diterajui oleh perkongsian AS dan Rusia selama dua dekad, walaupun ketegangan berubah-ubah antara kedua-dua kuasa dunia itu.Pakaian seragam Rusia keluaran standard berwarna biru biasa, dan sekurang-kurangnya seorang daripada lelaki itu dilihat memakainya sebelum berlepas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2022 @ 6:30 AM