TANGKAP layar menunjukkan kapsul membawa empat angkasawan itu mendarat di luar pantai Florida. FOTO AFP
TANGKAP layar menunjukkan kapsul membawa empat angkasawan itu mendarat di luar pantai Florida. FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Selepas kira-kira enam bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dua warga Amerika, seorang angkasawan Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selamat kembali ke bumi, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) pada Isnin, lapor agensi berita dpa.

"Crew-6" yang menaiki kapal angkasa Dragon Endeavour SpaceX tiba di luar pantai Florida, kira-kira 17 jam selepas berlepas dari ISS.

Mereka memulakan misi pada Mac, dan terdiri daripada warga Amerika iaitu Stephen Bowen dan Warren Hoburg, Andrey Fedyaev dari Rusia, dan Sultan al-Niyadi dari UAE.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2023 @ 4:01 PM