POLIS memantau keadaan pada malam pertama perintah berkurung dan lockdown separa dikuatkuasakan di Paris. FOTO AFP
POLIS memantau keadaan pada malam pertama perintah berkurung dan lockdown separa dikuatkuasakan di Paris. FOTO AFP
AFP

Paris: Beberapa negara di Eropah, pada Sabtu, mula menguatkuasakan lockdown (sekatan pergerakan) sekali lagi bagi mengekang penularan Covid-19.

Penduduk di Poland, sebahagian besar di Perancis dan ibu negara Ukraine juga menguatkuasakan langkah itu dengan sebahagian besar daripada kedai ditutup dan individu diarah bekerja dari rumah.

Di negara lain di Eropah, peraturan sama menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati dengan ada demonstrasi membantah sekatan berkenaan.

Ribuan menyertai tunjuk perasaan bagi tujuan itu di Kassel, sebuah bandar di Jerman, manakala ribuan lagi berbuat demikian di Liestal, Switzerland dan London.

Virus itu masih menular ke seluruh dunia, dengan jumlah kes positif global meningkat 14 peratus pada minggu lalu, menurut data AFP.

PESERTA demontrasi anti-lockdown di London. FOTO EPA
PESERTA demontrasi anti-lockdown di London. FOTO EPA

Dalam pada itu, lebih satu pertiga daripada penduduk Perancis kini dikenakan 'lockdown' baharu, di samping beberapa negara jiran di Eropah yang berdepan gelombang ketiga penularan virus itu.

Bagaimanapun, sekatan terbaharu adalah lebih longgar berbanding pada tahun lalu, dengan sekolah dan salun gunting rambut masih dibuka.

Selain itu, pembuat kasut dan kedai coklat dimasukkan ke dalam senarai perniagaan yang boleh menerima pelanggan.

Kerajaan juga tidak lagi mensyaratkan individu untuk mengisi borang untuk melakukan perjalanan keluar dari rumah.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 9:30 AM