WANITA memakai pelitup muka di Pantai Palma, Palma de Mallorca, Pulau Majorca di Sepanyol. FOTO AFP
WANITA memakai pelitup muka di Pantai Palma, Palma de Mallorca, Pulau Majorca di Sepanyol. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Empat juta penduduk bandar ini diminta duduk di rumah Jumaat susulan peningkatan kes Covid-19.

Langkah itu dibuat ketika pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bertemu di Brussels bagi membincangkan usaha menyelamat ekonomi negara daripada pandemik berkenaan.

"Kita perlu mengambil langkah bagi mengelak perintah 'lockdown' kembali dikuatkuasakan," kata jurucakap kerajaan, Meritxell Budo.

Setakat ini, Sepanyol yang merekodkan 28,400 kematian akibat Covid-19 sekali gus menjadi negara Eropah paling terjejas dengan lebih 150 kluster.

Barcelona, antara bandar paling ramai dikunjungi pelancong di Eropah, sebelum ini menggesa pertemuan pemimpin EU diadakan.

Ia berikutan India kini menjadi negara ketiga dengan satu juta kes jangkitan selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Virus itu kini sudah membunuh lebih 590,000 orang dan menjangkiti lebih 13.8 juta orang di seluruh dunia, meskipun banyak negara menguatkuasakan lockdown.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 8:22 AM