KAKITANGAN kesihatan di luar Hospital Diraja London. FOTO EPA
KAKITANGAN kesihatan di luar Hospital Diraja London. FOTO EPA
AFP

London: Kematian akibat Covid-19 di United Kingdom melepasi 100,000 orang pada Selasa.

Perdana Menteri Boris Johnson berkata, sukar untuk membayangkan

ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang akibat virus itu.

Bagaimanapun, pentadbirannya akan 'melakukan segala-galanya untuk meminimumkan penderitaan dan kehilangan nyawa'.

United Kingdom kini bertungkus lumus untuk menangani penularan gelombang ketiga Covid-19 di negara itu.

Ia termasuk melaksanakan memperketat kawalan sempadan.

Sementara itu, negara jiran, Ireland pula sudah menguatkuasakan kuarantin mandatori untuk pengembara dan melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) kali ketikga, sehingga 5 Mac ini.

Selain itu, Jerman mempertimbang untuk todak membenarkan semua penerbangan masuk ke negara itu.

Iceland pula menjadi negara pertama di rantau Schengen untuk mengeluarkan sijil pengesan vaksinasi bagi individuyang sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 11:19 AM