FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Manila: Seramai sembilan suspek disyaki pemberontak terbunuh selepas bertempur dengan pihak tentera di wilayah Bukidnon, selatan Filipina, lapor Xinhua.

Kolonel Xerxes Trinidad berkata, pertempuran tercetus di pinggir Bandar Malaybalay ketika anggota kumpulan New People's Army (NPA) membuat persiapan untuk menyambut ulang tahun penubuhan kumpulan itu pada 26 Disember.

Pihak tentera turut menemukan lapan senjata api di lokasi kejadian.

NPA sering bertempur dengan pihak kerajaan sejak 1969 dan sering menyasarkan kawasan luar bandar.

Data tentera menunjukkan NPA kini dianggarkan mempunyai 2,000 anggota, jauh lebih rendah berbanding pada 1980-an.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 8:11 AM