DEMAM Nil Barat adalah penyakit bawaan nyamuk. FOTO fail AFP
DEMAM Nil Barat adalah penyakit bawaan nyamuk. FOTO fail AFP
BERNAMA

Baitulmaqdis: Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat wabak demam Nil Barat di Israel meningkat kepada empat orang, dengan satu lagi kes kematian baharu, kata Kementerian Kesihatan Israel pada Rabu, lapor Xinhua.

Kementerian itu berkata, ia sedang menyiasat satu kes disyaki yang mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.

Kementerian itu juga melaporkan enam kes baharu jangkitan virus Nil Barat, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 48 kes sejak awal Mei.

Daripada jumlah itu, 36 pesakit dimasukkan ke hospital, dengan lima pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada Selasa, kementerian perlindungan alam sekitar dan kesihatan Israel melaporkan bahawa nyamuk yang dijangkiti virus itu dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di luar Tel Aviv.

Virus itu yang kebanyakannya disebarkan melalui gigitan nyamuk, biasanya menyebabkan gejala seperti selesema termasuk sakit kepala, demam, dan sakit otot.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 12:13 PM