IMEJ menunjukkan Virus Nil Barat. FOTO Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat/ AFP
IMEJ menunjukkan Virus Nil Barat. FOTO Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat/ AFP
BERNAMA

Baitulmaqdis: Nyamuk yang membawa virus Nil Barat dikenal pasti di Lembah Arava di tenggara Israel, Xinhua memetik kementerian kesihatan dan perlindungan alam sekitar wilayah itu pada Rabu.

Majlis wilayah dikehendaki memantau keadaan dan jika perlu menghapuskan nyamuk selepas ia dijumpai di empat kampung di sepanjang Lebuhraya 90 berhampiran sempadan Jordan.

Kementerian memberi amaran mengenai potensi bahaya nyamuk kerana haba, kelembapan dan kesan perubahan iklim meningkatkan aktiviti nyamuk.

Kementerian menyeru penduduk Israel untuk mengurangkan pengairan, mengeringkan air bertakung, menutup skrin tingkap, menghidupkan kipas dan menggunakan penghalau serangga.

Penyakit bawaan nyamuk menunjukkan pelbagai gejala seperti sakit kepala, demam, keletihan, sakit sendi dan otot, konjunktivitis, ruam kulit dan ada kalanya loya dan cirit-birit.

Dalam sejumlah kes terpencil, terdapat potensi jangkitan otak yang boleh menyebabkan lumpuh, gangguan kognitif dan juga kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 3:12 PM