TRAK bantuan kemanusian ke Gaza. FOTO AFP
TRAK bantuan kemanusian ke Gaza. FOTO AFP
AFP

Mesir: Trak bantuan dari Mesir mula memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad melalui Lintasan Kerem Shalom yang dikawal Israel, lapor media berkaitan kerajaan Al-Qahera News.

Sebanyak 200 trak bergerak dari bahagian Mesir di sempadan Rafah, yang ditutup sejak awal Mei apabila Israel merampas bahagian terminal Palestin, ke lintasan Kerem Shalom.

Namun, berita Al-Qahera tidak menyatakan berapa banyak trak sudah melalui pemeriksaan ke Gaza yang terkepung, tetapi berkata 'empat trak bahan api' sudah melintasi dan menuju ke hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 3:46 PM