LELAKI membawa kipas ketika menunggang motosikal di Hanoi, Vietnam. FOTO AFP
LELAKI membawa kipas ketika menunggang motosikal di Hanoi, Vietnam. FOTO AFP
AFP

Bangkok: Beberapa kawasan di Asia sedang mengalami cuaca panas terik berikutan gelombang haba yang melepasi suhu pecah rekod dari Myanmar hingga Filipina, dan memaksa jutaan kanak-kanak tinggal di rumah dan tidak ke sekolah.

Saintis memberi amaran keadaan itu akan menjadi lebih kerap kerana perubahan iklim.

Cuaca panas melanda sebahagian besar Asia Selatan dan Asia Tenggara, dengan suhu pecah rekod di Chauk, Myanmar dan ibu negara Filipina, Manila, sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan amaran mengenai keadaan yang teruk, manakala pihak berkuasa di Kemboja, Myanmar, Vietnam, India dan Bangladesh, meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Filipina dan Bangladesh, kedua-duanya menggantung pembelajaran secara bersemuka, manakala India sedang mengkaji sama ada cuaca panas menjejaskan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya negara.

Kawasan utara di Jepun turut terjejas, dengan suhu di Sapporo pada bulan ini melepasi 25 darjah Celsius.

Musim tengkujuh atau musim hujan di rantau ini adalah panas tetapi suhu tahun ini adalah melebihi suhu purata di banyak negara.

Menurut pakar, perubahan iklim menyebabkan gelombang haba yang lebih kerap dan lebih lama.

Sementara itu, Pertubuhan Meteorologi Sedunia, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Asia mengalami pemanasan lebih cepat daripada purata global.

Ahli meteorologi dan felo penyelidik pelawat di Universiti Teknologi Sydney berkata, fenomena El Nino memainkan peranan terhadap suhu panas pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 12:36 PM