PENUMPANG motosikal menutup kepalanya ketika cuaca panas di Bangkok, pada 20 April 2023. FOTO AFP
PENUMPANG motosikal menutup kepalanya ketika cuaca panas di Bangkok, pada 20 April 2023. FOTO AFP
Agensi

Jakarta: Gelombang haba yang melanda sebahagian besar negara Asia, menyebabkan kematian dan penutupan sekolah di India dan suhu panas ekstrem yang memecahkan rekod di China.

Di Indonesia, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG) mencatat peningkatan suhu panas yang menyebabkan udara terasa panas selama seminggu lalu.

Suhu panas bulan April di wilayah Asia selatan secara kaji iklimnya dipengaruhi oleh pergerakan matahari yang menyebabkan lonjakan panas terburuk tahun ini.

Meskipun begitu, Indonesia tidak mengalami gelombang haba. Bagaimanapun, negara ini tidak terlepas daripada suhu maksimum harian yang menyebabkan cuaca panas.

Beberapa wilayah di Indonesia juga mencatat suhu maksimum harian tertinggi.

"Ciputat, Tangerang Selatan, mencatat suhu maksimum harian tertinggi pada 17 April dengan 37.2 darjah Celsius," tulis BMKG di akaun rasmi Instagramnya.

Antara negara Asia, Bangladesh merekodkan rekod suhu tertinggi yang mencecah 50 darjah Celsius.

Kumarkhali, Kushtia, di negara itu mencatatkan suhu 51.2 darjah Celsius pada 17 April lalu.

Sementara itu, bandar lain di Asia yang mencatatkan suhu maksimum harian tertinggi adalah Chauk (Myanmar) dengan 44.8 darjah Celsius pada 14 April, 45.3 darjah Celsius (18 April) dan 45 darjah Celsius (19 April) dan 45.5 darjah Celsius (20 April).

Selain itu, Bundi (India) dengan 45.2 darjah Celsius pada 18 April, Nyaung-U (Myanmar) merekodkan 45 darjah Celsius pada 19 April,

Bandar lain adalah Prayagraj di Uttar Pradesh, India yang mencatatkan suhu 44.6 darjah Celsius pada 18 dan 19 April.

Turut merasai gelombang haba adalah Tak di Thailand dengan 44.6 darjah Celsius.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 12:18 PM