KEPULAN asap akibat serangan Israel di Gaza. FOTO Reuters
KEPULAN asap akibat serangan Israel di Gaza. FOTO Reuters
Bernama-Anadolu

Bandaraya Gaza: Sekurang-kurangnya 31,341 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah terkepung itu pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, jumlah penduduk yang cedera meningkat kepada 73,134 orang, lapor Agensi Anadolu.

"Sekurang-kurangnya 69 orang maut dan 110 yang lain cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lepas.

"Ramai penduduk dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka," menurut kenyataan itu.

Serangan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2024 @ 9:47 PM