TANGKAP layar daripada video dirakam menggunakan telefon bimbit menunjukkan insiden berkenaan.
TANGKAP layar daripada video dirakam menggunakan telefon bimbit menunjukkan insiden berkenaan.
Reuters

Gaza: Seorang pemilik kedai Palestin mendakwa dijadikan perisai manusia oleh tentera Israel bagi melindungi diri mereka semasa melakukan serbuan ke atas bandar Dura di Tebing Barat, baru-baru ini.

Rakaman video daripada telefon bimbit menunjukkan Baha Abu Ras diarak ke jalan raya oleh seorang askar yang membimbingnya dari belakang dengan sebelah tangan.

Pada masa, askar itu meletakkan senapang di bahu di lelaki berkenaan.

Dua lagi askar Israel yang memegang senjata api, berjalan dengan berhati-hati di belakang mereka.

Abu Ras berkata, dia diambil dari kedai telefon bimbit miliknya pada Isnin di Dura, berhampiran bandar Hebron, selepas askar Israel menggeledah premis itu semasa serbuan yang mana pegawai Palestin berkata, dua rakyat Palestin ditembak mati.

"Dia (askar pertama) memberitahu saya bahawa dia akan menggunakan saya sebagai perisai manusia, bahawa orang muda tidak boleh melontar batu.

"Dia berkata, saya perlu berjalan di hadapannya. Itulah yang berlaku dan dia membawa saya ke arah tengah bandar," katanya.

Ditanya mengenai kejadian itu, tentera Israel tidak mempunyai sebarang komen segera.

Ia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, tentera Israel di Dura, melepaskan tembakan untuk menyuraikan kira-kira 100 orang yang membaling batu dan bom api ke arah mereka.

Penggunaan perisai manusia dikutuk secara meluas di bawah undang-undang antarabangsa.

Israel menuduh Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai manusia di Gaza, dakwaan yang dinafikan oleh kumpulan pejuang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 9:51 AM