WANITA Palestin mendukung kanak-kanak, ketika berlindung di sebuah kem di Gaza. FOTO Reuters
WANITA Palestin mendukung kanak-kanak, ketika berlindung di sebuah kem di Gaza. FOTO Reuters
Agensi

Baitulmaqdis: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mengulangi cubaan rejim zionis untuk mengusir penduduk Gaza, dengan menyeru penduduk Palestin meninggalkan kawasan dikepung itu sekali gus memberi laluan kepada Israel untuk 'membangunkannya'.

Al-Jazeera melaporkan, Smotrich, yangl dikecualikan daripada Kabinet perang oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi kenyataan itu ketika bercakap kepada Radio Tentera Israel pada Ahad.

"Apa yang perlu dilakukan di Semenanjung Gaza adalah untuk menggalakkan penghijrahan.

"Sekiranya terdapat 100,000 atau 200,000 orang Arab di Gaza dan bukan dua juta orang Arab, keseluruhan perbincangan berikutnya akan berbeza sama sekali," katanya

Beliau menambah bahawa jika 2.3 juta penduduk tidak lagi di sana YANG "membesar dengan aspirasi untuk memusnahkan negara Israel", Gaza akan dilihat secara berbeza di Israel.

"Kebanyakan masyarakat Israel akan berkata: 'Mengapa tidak? Ia adalah tempat yang bagus, mari jadikan padang pasir berkembang, ia tidak ditanggung oleh sesiapa pun'."

Sebagai tindak balas, Hamas berkata, gesaan Smotrich untuk memindahkan dua juta rakyat Palestin dan mengekalkan kira-kira 200,000 orang di Gaza adalah jenayah perang yang disusuli dengan pencerobohan.

Dalam satu kenyataan, Hamas menambah bahawa masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti mengambil tindakan untuk menghentikan jenayah Israel dan bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin.

Sara Khairat, melaporkan untuk Al Jazeera dari Tel Aviv berkata, komen Smotrich mengikat kepada naratif bahawa ramai mula percaya bahawa Israel mahu menduduki semula Gaza".

"Menolak idea bahawa mereka mahu menolak rakyat Palestin keluar", kata Khairat, akan mengingatkan adegan dari "Nakba" (malapetaka), pembersihan etnik Palestin selepas perang 1948 yang mengiringi penubuhan negara Israel," katanya.

Kebanyakan rakyat Palestin hilang tempat tinggal selepas melarikan diri ketika 'Nakba' pada 1948. Ia merujuk kepada pelarian berskala besar penduduk Palestin susulan perang akibat penubuhan negara haram Israel.

Selepas perang itu berakhir, rejim zionis tidak membenarkan mereka pulang ke tanah air dan menyebabkan mereka menjadi pelarian termasuk di negara-negara Arab.

Dalam ucapan pada Ahad, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menolak sebarang tindakan untuk memaksa rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka.

"Kami tidak akan membenarkan perpindahan, sama ada dari Semenanjung Gaza atau Tebing Barat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2024 @ 3:21 PM