Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi, Sandakan.
Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi, Sandakan.
Juwan Riduan


Sandakan: Sebanyak 13 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi, di sini, hari ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 6.05 petang.

Katanya, seramai 30 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal jam 7.17 malam. Namun, operasi memadam bara api masih dijalankan.

"Kebakaran membabitkan 13 rumah yang terbakar 100 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Menurutnya, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2024 @ 9:31 PM