ANGGOTA APM membuat pemantauan dan membantu mangsa banjir kilat di Kampung Baru Slim Village, malam ini. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA APM membuat pemantauan dan membantu mangsa banjir kilat di Kampung Baru Slim Village, malam ini. FOTO Ihsan APM.
Rosman Shamsudin


Behrang: Kira-kira 10 buah rumah dimasuki air selepas kejadian banjir kilat di Kampung Baru Slim Village, di sini, malam ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Husin, berkata APM menerima laporan kejadian terbabit kira-kira 6.30 petang.

Katanya, hujan lebat mulai jam 5.00 petang dipercayai punca kejadian banjir kilat berlaku di kampung terbabit.

"Cuaca masih hujan dan APM akan memantau serta membantu mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2024 @ 10:07 PM