GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

New Delhi: Kedengaran pelik namun seorang lelaki di India sudah 40 tahun tinggal berasingan isterinya dan berusaha menuntut cerai selama 27 tahun iaitu hampir tiga dekad.

Oddity Central melaporkan, percubaan Nirmall Singh Panesar, 89, yang juga pegawai tentera udara gagal lagi apabila permohonannya untuk berpisah dengan isteri, Paramjit Kaur Panesar, 80, ditolak oleh Mahkamah Agung awal bulan ini.

Panel Hakim Aniruddha Bose dan Hakim Bela M Trivedi memutuskan bahawa walaupun perkahwinan pasangan itu 'melangkaui keselamatan' namun ia bukan alasan kuat untuk mereka berpisah.

Nirmal berkhidmat dalam Tentera India dan isterinya adalah guru di Sekolah Pusat di Amritsar.

Hasil perkahwinan itu, pasangan dikurniakan tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.

Meskipun mereka berdua menjalani kehidupan yang sibuk, kedua-dua pihak menganggap perkahwinan mereka biasa sehingga Januari 1984, apabila Nirmal dihantar bertugas di Madrass serta kini Chennai.

Nirmal mendakwa isterinya enggan mengikutinya di Madras sebaliknya lebih suka tinggal bersama ibu bapanya dan anak lelaki mereka.

Walaupun beberapa percubaan dilakukan untuk mendamaikan hubungan, perkahwinan mereka tetap bergolak dan pada 1996, Nirmal Singh Panesar memfailkan perceraian di Mahkamah Daerah.

Empat tahun kemudian, dia menerima keputusan yang baik tetapi permohonannya ditolak dengan pantas selepas rayuan dikemukakan Paramjit, dengan alasan cuba sedaya upaya mengekalkan hubungan suci mereka.

Sejak itu, lelaki India itu, yang bersara daripada Tentera Udara India sebagai Komander Sayap pada tahun 1990 cuba membawa kesnya ke Mahkamah Agung India supaya dapat menuntut cerai.

Awal bulan ini, dia teruskan hasratnya tetapi keputusan diperoleh tidak seperti yang dia harapkan.

Difahamkan, perceraian adalah subjek tabu di India, sebuah negara yang pembatalan undang-undang perkahwinan hanya diperoleh jika berlaku keganasan atau kekejaman yang jelas oleh salah seorang pasangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2023 @ 2:52 PM