PASUKAN kecemasan membawa remaja Israel yang ditembak polis Israel di timur Baitulmaqdis ke hospital. FOTO EPA.
PASUKAN kecemasan membawa remaja Israel yang ditembak polis Israel di timur Baitulmaqdis ke hospital. FOTO EPA.
Reuters

Baitulmaqdis: Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di Tebing Barat semalam, manakala seorang lagi didakwa menikam warga Israel di Baitulmaqdis.

Dalam kenyataan, tentera rejim itu memberitahu menembak kenderaan yang didakwa menyeberangi wilayah diduduki Israel secara haram.

Kenderaan itu didakwa memecut dan melanggar tentera yang menyebabkan mereka melepaskan tembakan.

Jurucakap hospital Palestin berkata, seorang penumpang lelaki dalam kenderaan itu meninggal dunia di hospital.

Bapa lelaki berkenaan pula memaklumkan agensi berita Palestin, Qudsnet yang anaknya dalam perjalanan ke tempat kerja apabila ditembak.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa mempunyai permit untuk memasuki Israel.

Dalam kejadian berasingan di Tebing Barat, jurucakap pertahanan Israel menyifatkan insiden seorang rakyat Palestin memandu kereta dan merempuh pondok pengawal sebagai satu cubaan serangan.

Sementara itu di Baitulmaqdis, warga Palestin berusia 16 tahun parah selepas ditembak polis Israel kerana didakwa didakwa menikam dan mencederakan warga Israel.

Video mengenai kejadian tular di media sosial yang menunjukkan individu itu terbaring di padang ketika kanak-kanak sedang bermain bola.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 12:09 PM