KELAB malam Mountain B di Chonburi. FOTO Reuters
KELAB malam Mountain B di Chonburi. FOTO Reuters
AFP

Bangkok: Jumlah kematian susulan kebakaran sebuah kelab malam di Thailand meningkat kepada 20 orang.

Pegawai kesihatan juga memaklumkan mangsa yang cedera kini sedang diberikan rawatan lanjut.

Kebakaran itu berlaku 5 Ogos lalu di kelab malam Mountain B di Chonburi yang terletak 150 kilometer dari tenggara Bangkok.

Pihak berkuasa yang menjalankan operasi pemadaman api dan pemeriksaan lanjut menemui 13 mayat di dalam kelab berkenaan.

Tujuh lagi mangsa meninggal dunia ekoran kecederaan dialami dengan kematian terkini membabitkan lelaki berusia 50 tahun, kata pejabat kesihatan awam wilayah Chonburi.

Semua mangsa adalah rakyat tempatan.

Selain itu, 25 lagi yang cedera masih menerima rawatan di hospital dengan sembilan daripadanya menggunakan mesin bantuan pernafasan, kata pihak berkuasa kesihatan.

Seorang pegawai kanan polis wilayah Chonburi mengesahkan pada Sabtu, seorang lelaki dan anaknya yang juga pemilik kelab sudah didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian secara melulu dan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 10:05 AM