PENYOKONG pasukan bola sepak Iran selepas perlawanan kelayakan antara Iran dan Iraq, pada 27 Jun lalu. FOTO EPA
PENYOKONG pasukan bola sepak Iran selepas perlawanan kelayakan antara Iran dan Iraq, pada 27 Jun lalu. FOTO EPA
AFP

Tehran: Wanita di Iran dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan negara itu di stadium, untuk pertama kali, pada Khamis.

"Ini sesuatu yang menarik, kini suara kami kedengaran," kata penuntut wanita yang mahu dikenali sebagai Kimia dan Hasti.

Negara republik Islam itu sebelum ini melarang penonton wanita daripada menyaksikan perlawanan bola sepak dan sukan di stadium lain, selama 40 tahun.

Ulama yang memainkan peranan utama dalam membuat keputusan berpendapat wanita mesti dilindungi daripada suasana yang meriah dan penglihatan lelaki dengan berpakaian yang kurang sesuai.

Badan induk bola sepak dunia Fifa mengarahkan Iran pada September 2019 untuk membenarkan wanita masuk ke stadium tanpa sekatan kerana angka yang tinggi berdasarkan permintaan tiket.

Sebulan kemudian wanita dapat menghadiri perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Iran dan Kemboja di Stadium Azadi.

Bagi perlawanan pertama, 2,000 daripada 10,000 tiket dikhaskan kepada wanita dalam pertembungan aksi kelayakan antara Iran dan Iraq pada Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 10:42 AM