HANYA penyokong lelaki dibenarkan memasuki stadium Imam Reza Stadium ketika perlawanan Iran menentang Lebonan. -FOTO AFP
HANYA penyokong lelaki dibenarkan memasuki stadium Imam Reza Stadium ketika perlawanan Iran menentang Lebonan. -FOTO AFP
AFP

Tehran: Iran sekali tidak mencetuskan kontroversi apabila tidak membenarkan kemasukan wanita ke stadium bola sepak untuk menonton perlawanan antarabangsa menyebabkan beratus-ratus peminat berang.

Ia berlaku ketika aksi kelayakan Piala Dunia Iran menentang Lebanon pada Selasa lalu yang menyaksikan mereka menang 2-0 di stadium Imam Reza di bandar Mashhad.

"Kira-kira 2,000 penyokong wanita sudah membeli tiket untuk perlawanan Iran-Lebonan hadir di stadium tapi mereka tidak dapat memasuki stadium," kata laporan berita ISNA.

Kapten pasukan Iran, Alireza Jahanbakhsh turut mengkritik tindakan itu.

"Saya tidak fikir apa-apa akan berlaku jika wanita datang ke stadium dan ini boleh mempromosikan budaya kita," katanya.

Mohsen Davari, gabenor of Mashhad memaklumkan IRIB: "Saya memohon maaf kerana ramai orang tidak dapat memasuki stadium."

"Malangnya sebilangan besar di luar stadium tidak dapat menyaksikan perlawanan."

Berikutan kejadian kontroversi itu, Presiden Ebrahim Raisi mengarahkan kementerian dalam negeri untuk melihat kejadian berkenaan secara lebih terperinci.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 8:23 AM