MEHDI Taremi (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
MEHDI Taremi (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Tehran: Iran muncul pasukan pertama dari Asia layak beraksi di Piala Dunia 2022 selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Iraq hari ini manakala Jepun dan Korea Selatan semakin hampir layak ke Qatar.

Penyerang Porto, Medhi Taremi menjaringkan gol kemenangan minit ke-48 untuk membawa negaranya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali keenam dan juga kali ketiga berturut-turut.

Iran menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan mengumpul 19 mata daripada tujuh perlawanan, dua mata mengatasi Korea yang semakin hampir untuk layak selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Lubnan di Sidon.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat ketiga, lapan mata di belakang Korea selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Syria.

Dalam Kumpulan B, Jepun semakin hampir layak ke Piala Dunia dekat Doha selepas melakar kemenangan 2-0 ke atras China dan menduduki tempat kedua di belakang pendahulu, Arab Saudi.

Hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpuan meraih tiket automatik ke Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar pada November depan.

"Saya sangat gembira. Ini adalah kali pertama saya melihat perlawanan bola sepak di Stadium Azadi," kata seorang penyokong, Mahya.

Iran melebarkan rekod tanpa kalah mereka di bawah bimbingan ketua jurulatih dari Croatia, Dragan Skocic kepada 11 kemenangan serta satu seri dan ia adalah kemenangan kedua mereka ke atas Iraq dalam laluan ke Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 6:42 AM