BERNAMA

Yala: Polis Thailand berjaya merampas 70,000 pil kuda dan 2 kilogram methamphetamine daripada sebuah sindiket pengedaran dadah di wilayah Yala dalam tiga operasi bersepadu yang bermula Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Yala Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat berkata, pihak berkuasa turut menahan 19 individu dan berjaya menyita aset yang dianggarkan bernilai 134 juta baht (RM17.52 juta) milik anggota kumpulan itu.

Beliau menambah barangan yang disita termasuk kereta, motosikal, barangan kemas dan senjata api.

"Siasatan awal polis mendapati sindiket itu terbabit dalam penyeludupan dadah dan kes pengubahan wang haram," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 2:10 PM