ASAP menjulang ke udara selepas tentera Israel menyerang menara Al-Shorouq di bandar Gaza, semalam. FOTO EPA.
ASAP menjulang ke udara selepas tentera Israel menyerang menara Al-Shorouq di bandar Gaza, semalam. FOTO EPA.
AFP

New York: Tunisia, Norway dan China menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, Jumaat ini.

Sumber diplomatik berkata, mesyuarat itu perlu diadakan secara terbuka bagi membincangkan pergolakan yang semakin buruk antara Israel dan Palestin.

Katanya, ia juga perlu dihadiri wakil dari Israel dan Palestin.

Sejak Isnin, majlis itu sudah mengadakan dua kali mesyuarat melalui sidang video tertutup, dengan Amerika Syarikat (AS), sekutu rapat Israel yang menentang deklarasi bersama yang didakwa tidak akan membantu mengurangkan keadaan.

Menurut beberapa sumber, 14 daripada 15 anggota majlis memilih menyokong deklarasi bersama bertujuan untuk mengurangkan ketegangan.

Pergolakan Israel-Palestin tercetus susulan tindakan Israel menyerang penduduk Palestin di kawasan Masjid al-Aqsa dan mengusir mereka dari rumah di Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.

Tindakan menyebabkan Hamas memberi amaran sebelum melepaskan roket ke arah wilayah dikuasai rejim itu, yang dibalas serangan udara oleh tentera Israel sejak Isnin lalu.

Pada Selasa, Hamas menyasarkan hab ekonomi Israel, Tek Aviv selepas rejim itu mengebom blok bangunan 12 tingkat di Gaza serta melakukan serangan bertubi-tubi di beberapa kawasan termasuk markas latihan pejuang Hamas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Mei 2021 @ 11:50 AM