PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Palestin pada demonstrasi di Itali. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Palestin pada demonstrasi di Itali. FOTO AFP
Reuters

Dublin: Ireland, Sepanyol dan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain mempertimbangkan untuk mengiktiraf negara Palestin pada 21 Mei ini.

Memetik laporan RTE News pada Rabu, hubungan antara Ireland dan Sepanyol serta antara Slovenia dan Malta, sudah dipergiatkan dengan tujuan untuk negara-negara yang secara bersama mengiktiraf kenegaraan Palestin.

Menurut laporan itu, negara-negara terbabit menunggu undian oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, yang boleh membawa kepada pengiktirafan rakyat Palestin sebagai layak menjadi anggota penuh PBB.

Dalam satu kenyataan bersama pada 22 Mac, Sepanyol, Ireland, Malta dan Slovenia berkata, ia bersetuju untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara Palestin.

Sepanyol dan Ireland sudah lama memperjuangkan hak Palestin.

Usaha itu ketika jumlah kematian yang semakin meningkat di Palestin akibat serangan Israel untuk menumpaskan gesaan Hamas di seluruh dunia untuk gencatan senjata dan penyelesaian berkekalan untuk keamanan di rantau itu.

Sejak 1988, 139 daripada 193 negara anggota PBB mengiktiraf kenegaraan Palestin.

Israel berkata, bahawa rancangan empat negara itu membawa kepada 'hadiah untuk keganasan' yang akan mengurangkan peluang penyelesaian rundingan kepada konflik Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2024 @ 10:05 AM