SUASANA jalan raya yang dapat dilihat di satu kawasan dekat Bekasi, Jawa Barat. FOTO AFP
SUASANA jalan raya yang dapat dilihat di satu kawasan dekat Bekasi, Jawa Barat. FOTO AFP
Agensi

JAKARTA: Polis Jakarta meminta 1,200 pengguna jalan raya yang cuba meninggalkan Jakarta berpatah balik dalam tempoh lima jam pertama selepas penutupan lebuh raya, Jumaat lalu.

Ini kerana kerajaan Indonesia melarang aktiviti mudik bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Polis Trafik Jakarta, Sambodo Purnomo Yogo dalam kenyataan berkata, dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi, pihaknya mengarahkan 1,181 pemandu berpatah balik.

"Seramai 498 pemandu di tol Bitung menghala ke Merak, Banten dan 683 pemandu di tol Cikarang menghala ke Jawa Barat," katanya.

Kompas.com melaporkan bermula 24 April hingga 7 Mei, kenderaan yang cuba meninggalkan Jakarta diminta berpatah balik dan denda dikenakan mulai 8 Mei.

Katanya, pihaknya mendapati jumlah kenderaan yang cuba meninggalkan bandar raya itu meningkat dua hari sebelum larangan mudik dikeluarkan.

Minggu lalu, Presiden Joko Widodo mengeluarkan larangan rasmi berkaitan mudik bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Setiap tahun, 20 juta warga Indonesia pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Mereka yang berada dalam kumpulan umur 30 hingga 49 tahun mewakili 38.7 peratus pesakit, manakala kumpulan umur 50 hingga 69 tahun (36.9 peratus) dan 10 hingga 29 tahun (17.06 peratus).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 6:30 AM