HANA Kimura mati pada usia 23 tahun. FOTO Instagram hanakimurafan.
HANA Kimura mati pada usia 23 tahun. FOTO Instagram hanakimurafan.
AFP

Tokyo: Polis Jepun hari ini memaklumkan mereka merujuk seorang lelaki kepada pendakwa raya atas dakwaan penyalahgunaan dalam talian ke atas Hana Kimura, bintang realiti televisyen yang membunuh diri, Mei lalu.

Suspek berusia 20-an itu dirujuk untuk siasatan lanjut kematian Kimura, sebelum dia ditahan untuk sabitan kesalahan.

Jurucakap polis turut memaklumkan identiti lelaki itu hanya akan didedahkan selepas pendakwa raya membuat keputusan mendakwanya atas tuduhan penghinaan awam.

"Suspek pada Mei menghantar mesej di akaun media sosial mangsa, antaranya, 'Awak mempunyai personaliti yang teruk. Adakah anda layak hidup?' dan 'Hey, hey. Bila anda akan mati?" kata jurucakap itu.

Menurutnya lagi suspek menyiarkan penghinaan itu untuk dilihat ramai individu secara rawak dan dengan demikian, dia menghina Kimura secara terbuka.

Kimura yang juga peninju profesional berambut merah jambu adalah watak diminati ramai dalam siri Terrace House yang disiarkan di Netflix, mengenai enam individu berkongsi rumah dan mengejar cinta.

Malangnya, dia menjadi mangsa kutukan dalam talian dengan komen antaranya, 'semua orang lebih gembira jika awak tiada'.

Siri itu dibatalkan selepas kematian Kimura, yang mendorong kementerian dan penggubal undang-undang Jepun mengambil langkah menangani buli siber.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 4:46 PM