EIKO berkerusi roda ketika berada di hadapan bangunan Parlimen di Tokyo, Jepun. FOTO: Agensi
EIKO berkerusi roda ketika berada di hadapan bangunan Parlimen di Tokyo, Jepun. FOTO: Agensi
Agensi

TOKYO: Dua orang kelainan upaya (OKU) hadir ke majlis pembukaan sidang parlimen Jepun sebagai wakil rakyat hari ini selepas memenangi pilihan raya umum negara itu baru-baru ini.

Eiko Kimura, 54, yang menghidap penyakit palsi serebrum dan Yasuhiko Funago, 61, yang menghidap penyakit lateral sclerosis hadir ke sidang parlimen dengan menggunakan kerusi roda.

Kedua-dua mereka yang mewakili parti Reiwa Shinsengumi memenangi pilihan raya Dewan Rendah pada 21 Julai lalu.

Kehadiran Kimura dan Funago di bangunan parlimen disambut dengan sorakan oleh penyokong mereka serta sekali gus menjadi individu pertama dengan kecacatan teruk dipilih sebagai wakil rakyat.

Kimura dan Funago bergantung kepada penjaga untuk menguruskan diri.

Dewan Tinggi sebelum ini bersetuju untuk membayar gaji penjaga Kimura dan Funago.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 9:41 PM