POLIS melakukan siasatan di kawasan pantai yang menjadi lokasi penemuan mayat tiga beranak itu. FOTO AFP
POLIS melakukan siasatan di kawasan pantai yang menjadi lokasi penemuan mayat tiga beranak itu. FOTO AFP
AP

New York: Dua kanak-kanak dan seorang bayi ditemukan mati di pantai Coney Island di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan mangsa dilemaskan ibu mereka.

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Zachary Merdy, 7; Lilana Merdy, 4, dan Oliver Bondarev yang berusia tiga bulan.

Mereka ditemukan selepas operasi pencarian dijalankan kira-kira tiga jam bermula 1.40 pagi.

Ia susulan laporan polis dibuat ahli keluarga kanak-kanak itu selepas bimbang wanita terbabit berniat untuk mencederakan anaknya.

Wanita terbabit, Erin Merdy, 30, ditemukan 90 minit kemudian dalam keadaan basah dan berkaki ayam kira-kira tiga kilometer dari lokasi tempat tinggalnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2022 @ 10:01 AM