KAWASAN kejadian dikawal ketat. FOTO Agensi
KAWASAN kejadian dikawal ketat. FOTO Agensi
Agensi

Lousiana: Hairan apabila suaminya tidak ditemui seharian, seorang wanita yang mempunyai masalah kesihatan menghubungi polis untuk membuat laporan bagi mencarinya.

Namun dia tidak menyedari bahawa lelaki itu sebenarnya maut dengan kesan tembakan.

William Robert Lang Jr, 76, ditemui di atas katilnya oleh polis yang dihubungi isterinya selepas tidak bercakap dengan suaminya itu seharian.

Pejabat Sherif Natchitoches Parish berkata siasatan sedang dijalankan bagi pembunuhan itu namun belum ada sesiapa ditahan.

Polis pergi ke rumah pasangan itu di Levee Road pada Rabu kira-kira jam 6 petang selepas menerima laporan berhubung kehilangan Lang.

Wanita itu mendakwa tidak bercakap dengan suaminya sejak petang sebelumnya dan berasakan ia sesuatu yang pelik.

Siasatan mendapati tiada kereta yang hilang namun tingkap didapati pecah.

Apabila diperiksa di dalam rumah mereka menemukan Lang yang ditembak beberapa kali.

Tiada penjelasan diberikan oleh pihak berkuasa mengapa isteri tidak mendengar bunyi tembakan atau gagal menemui mayat.

Polis memulakan siasatan pembunuhan berikutan bedah siasat dan merayu maklumat daripada orang ramai.

"Penyiasat kami bekerja tanpa jemu dalam usaha untuk menangkap individu atau individu yang terlibat dalam pembunuhan Encik Lang," kata Sheriff Stuart Wright. "Kami menyampaikan simpati kami kepada keluarga Lang."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 3:22 PM