GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Sabak Bernam: Sepuluh kawasan di Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama tujuh jam bermula 10 malam ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), penutupan bekalan air sementara itu disebabkan pelaksanaan kerja kecemasan membaiki paip bocor di Kilometer 52, Jalan Sungai Panjang, di sini.

Katanya, kawasan terbabit ialah Taman Air Manis dan Sekendi, Pekan Sabak Bernam, Kampung Baru, Sungai Air Tawar, Parit Baru, Sungai Tengar, Teluk Rhu, Sungai Apong dan Sungai Lang.

"Penutupan bekalan sementara ini akan bermula pada 10 malam ini. Bekalan dibuka/pulih pada 4 pagi esok (3 Mac).

"Oleh itu, pelanggan dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan," katanya, hari ini.

Menurutnya, segala tindakan perlu akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip bocor itu dan pemulihan bekalan kepada pelanggan terjejas.

"Kerjasama pelanggan amatlah dihargai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 3:41 PM