GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

Johannesburg: Kerajaan Afrika Selatan mempertimbangkan untuk membenarkan wanita memiliki lebih daripada seorang suami.

Cadangan poliandri atau wanita berkahwin lebih seorang lelaki itu dimasukkan dalam kertas hijau Jabatan Dalam Negeri Afrika Selatan.

Ia supaya menjadikan perkahwinan jenis itu sah.

Cadangan itu antara beberapa perkara dibangkitkan hingga mencetuskan perdebatan di negara berkenaan.

Poligami terma kepada lelaki berkahwin lebih daripada seorang dan ia dibenarkan di Afrika Selatan.

Negara itu mewarisi budaya perkahwinan mengikut tradisi penganut Kristian dan Barat.

Menurut cadangan berkenaan, perkahwinan diamalkan di negara itu kini dikatakan tidak mengambil kira secara menyeluruh kebajikan berdasarkan Perlembagaan serta pemahaman dan perubahan dalam masyarakat moden.

Selain itu, ia turut mengaitkan undang-undang digunakan kini membenarkan perkahwinan anak di bawah umur.

Tetapi, ia tidak meliputi pasangan yang menukar jantina tetapi ingin kekal berkahwin tanpa melalui perceraian.

Bagi memastikan polisi perkahwinan ditambah baik, jabatan penasihat dianggotai pemimpin masyarakat, aktivis hak asasi manusia dan beberapa kumpulan lain diwujudkan.

Aktivis hak asasi manusia turut menghantar beberapa gesaan supaya poliandri sah mengikut undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 6:31 AM