FACEBOOK
FACEBOOK
AFP

San Francisco: Facebook pada Rabu mengumumkan keuntungan mereka mencecah dua kali ganda kepada AS$9.5 bilion (RM38.97 bilion) menerusi segmen pengiklanan digital mereka.

"Kami memiliki kekuatan pada suku pertama dalam membantu orang terus berhubung dan mengembangkan perniagaan," kata Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg.

Menurut Facebook, pendapatan iklan pada suku pertama itu didorong oleh kenaikan harga sebanyak 30 peratus bersamaan dengan peningkatan 12 peratus dalam jumlah iklan.

"Kami menjangkakan peningkatan pendapatan iklan akan terus dipacu dengan harga sepanjang tahun 2021," kata Facebook.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia menyaksikan pendapatan iklan dalam talian mencecah AS$25.4 bilion (RM104 bilion) meningkat 46 peratus dari suku sama tahun sebelumnya.

Jumlah pengguna yang menggunakan rangkaian sosial terkemuka meningkat 10 peratus kepada AS$2.85 bilion setiap bulan, menurut syarikat gergasi Silicon Valley.

Pendapatan itu mengatasi jangkaan pasaran, menyebabkan saham melonjak hampir lima peratus dalam perdagangan selepas pasaran.

Rangkaian sosial terkemuka dan rangkaian perkhidmatannya termasuk Instagram, WhatsApp, dan Messenger yang berakhir pada Mac dengan 3.45 bilion pengguna bulanan.

Secara keseluruhannya ia meningkat 15 peratus dari tahun sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 10:55 AM