Fan memberi taklimat mengenai prestasi kewangan Huawei kepada peserta Sidang Kemuncak Penganalisis Global di Shenzhen, China.
Fan memberi taklimat mengenai prestasi kewangan Huawei kepada peserta Sidang Kemuncak Penganalisis Global di Shenzhen, China.

HUAWEI Technologies, gergasi telekomunikasi dari China sekali lagi mencatatkan prestasi kewangan kukuh bagi 2014 dengan pendapatan sebelum cukai CNY288.2 billion (RM168.78 bilion), meningkat 20.6 peratus berbanding CNY239 bilion (RM140 bilion) tahun sebelumnya.

Naib Presiden Perakaunan Huawei Fan Chan berkata, peningkatan dipacu oleh pertumbuhan sektor pengguna khususnya segmen telefon pintar.

“Tahun lalu, Huawei menjual 75 juta unit telefon pintar berbanding 52 juta unit tahun sebelumnya. Ini membuktikan jenama Huawei semakin diminati pengguna peranti pintar di seluruh dunia,” katanya di Sidang Kemuncak Penganalisis Global di Shenzhen, China semalam.

Beliau berkata, pelaburan yang berterusan dalam inovasi penyedia rangkaian serta penambahbaikan dalam pengurusan juga menjadi faktor prestasi kewangan yang memberangsangkan.

“Huawei akan terus melabur dalam bidang strategik untuk menjadi peneraju bidang telekomunikasi dan menjalin kerjasama dengan rakan niaga khususnya syarikat penyedia rangkaian di seluruh dunia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 1:35 PM