POLIS mengawal keadaan di lokasi tembakan di Bryan, Texas. FOTO AFP
POLIS mengawal keadaan di lokasi tembakan di Bryan, Texas. FOTO AFP
AFP

Houston: Seorang pekerja melepaskan tembakan di sebuah kilang pembuatan kabinet di Bryan, Texas, menyebabkan seorang individu maut dan empat lagi parah, menurut polis.

Jabatan Keselamatan Awam Texas berkata, seorang anggota askar juga terkena tembakan ketika mengejar individu yang dipercayai suspek.

Askar itu parah tapi kini berada dalam keadaan stabil, menurut agensi berkenaan.

New York Times melaporkan Gabenor Greg Abbott menyatakan bahawa suspek sudah ditahan.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikeluarkan.

Polis pula berkata, suspek adalah kakitangan syarikat itu iaitu Kent Moore Cabinets.

Ketua Polis Bryan Eric Buske berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian.

Insiden itu berlaku menjelang pengumuman Presiden Joe Biden mengenai cadangan untuk menangani insiden keganasan bersenjata di Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 8:28 AM