LOKASI kejadian tembakan yang sehingga kini mengorbankan 11 orang. FOTO AP
LOKASI kejadian tembakan yang sehingga kini mengorbankan 11 orang. FOTO AP
BERNAMA

Houston: Mangsa ke-11 kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor Agensi Anadolu memetik beberapa saluran berita pada Isnin.

Insiden tembakan itu berlaku di kelab tarian di bandar Monterey Park, California, dekat Los Angeles pada Sabtu.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif di sebalik kejadian itu.

Suspek yang dikenali sebagai Huu Can Tran, 72, dilaporkan maut selepas menembak dirinya sendiri.

Pada Ahad Presiden Joe Biden turut mengarahkan bendera di semua bangunan kerajaan dikibarkan separuh sehingga Khamis sebagai menghormati mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2023 @ 11:45 AM